Monday 12 November 2012

Purplerabbit HOMESTAY

Kami menawarkan sebuah homestay 4 bilik di Bukit Katil (Dihadapan ILP dan Sek Men Teknik Bkt Katil) Kemudahan: 1 Queen bed dan 6 single bed - TV (astro - package mustika, mesin basuh, peti ais, cerek eletrik, kipas angin, dapur masak, peti ais, dll) Jarak 100m; SevenEleven, Minimarket, Warong, Hardware, Pusat latihan ILP, Sek.Teknik, Masjid Jarak 5km Tol Ayer Keroh, MITC, Worderland, Zoo, Mydin, Jaya Jusco, Hospital Pantai, Dataran Sejarah, Youth Center, Seri Negeri Jarak 10km; Bandar Melaka, Ikan Bakar Umbai, Melaka Raya, Bandar Hilir, Mahkota Parade, Dataran Pahlawan Harga; Hari Biasa : RM120.00 semalam Hari Cuti Umum : RM150.00 semalam Hubungi; Nizam 0166324601

Tuesday 13 March 2012

Buck for sales

Kami ada buck untuk di jual...Berumur 4 bulan...Harga RM100(nego)...Gambar2 stok seperti di bawah..

Wolly Toy - 1

Wolly Toy - 2

Wolly Toy - 3

Turkish Angora - 4

Monday 12 March 2012

Standard Rex for sales

Bulan Mar ini ada banyak stok arnab Rex (baldu) sedia untuk dijual.. Ada pelbagai warna berumur 2bulan ke atas..Harga mengikut kualiti bulu dari RM70 hingga RM120 seekor..Di bawah adalah sebahagian dari gambar2 stok REX..Jumlah ada lebih dari 20 ekor..





Wednesday 28 December 2011

Teddy Bear and Rex Rabbit For SALES

Alhamdullillah.. kami telah mencapai target jualan untuk tahun ini. Peningkatan sebanyak 40% keuntungan daripada tahun lepas. Kami mendoakan agar penternak-penternak lain juga mendapat faedah yang sama. Semakin ramai yang sudah mula suka menjadikan arnab sebagai PET dan menambah sedikit pendapatan keluarga.
Pada penghujung tahun ini kami ingin menawarkan harga-harga terbaik kepada pelanggan untuk stok-stok teddy bear dan rex. Gambar-gambar dibawah adalah diantara contoh stok yang ada.
Harga dijamin terbaik!
TQ

Wednesday 23 November 2011

Bandung - Travel Guide and Rabbit

Salam semua,
Disini kami ingin berkongsi pengalaman semasa bercuti minggu lepas di Bandung Indonesia. Ianya mungkin boleh dijadikan panduan bagi yang mahu kesana. Kami kesana sekeluarga seramai 8 orang termasuk mak dan ayah mertua.

Budget :  ( 5 hari dan 4 malam)
    Flight : RM 3500 ( tiket promotion hanya pada waktu (pulang) - RM4++ seorang return.*
    Hotel : RM 950 - villa 2 kamar
    Transport dan driver : RM 650*
    Trans Studio : RM 400 ( sorang RM50 = IDR 150,000)*
    Makan : RM 8++*
    Parking LCCT : RM 160 (4 hari)
Budget* bergantung kepada jumlah yang ikut bersama.

Aktiviti di Bandung:

Hari pertama- Selepas 2 jam flight.Tiba disana lebih kurang pukul 6 petang waktu disana (5ptg kat sini). Masa nak bertolak hujan sangat lebat, risau gak, bila sampai disana rasa lega yang teramat. Bila tiba Pak Oman (super - driver) sudah menanti kami disana. Kat sana pukul 6 ptg dah gelap macam kul 8mlm kat sini. Kami terus dibawa ke Villa di Istana Bunga - kawasan pergunungan di Ledeng. Kami berhenti diperjalan untuk makan malam di Restoran orang Sunda. Makan nadi goreng ayam dan 2 ekor ikan goreng, semuanya 450000 rupiah (~RM150). Nak sampai ke Villa ambil masa 1jam. Villa tu tidaklah jauh sangat tapi jalan sesak. Akhirnya tiba di Villa, cantik dan sejuk. Permandangan dari Villa sangat menarik cukup luas untuk 2 family tapi water heater rosak. Dah call tapi sampai balik mandi air batu-sejuk!
                                            
                                                    Villa RI - 2 kamar di Istana Bunga

Hari Kedua - Kami terus ke Trans Studio (Indoor) di Bandung. Tiket masuk IDR150,000 hari biasa dan IDR 200,000 cuti umum dan hujung minggu. Kalau nak makan atau shopping kat dalam ni kene top up coupon tiket. Secara keseluruhan, tempat dan permainan menarik, anak-anak semua happy!! itu yang penting. Kita boleh menghabiskan masa dalam setengah hari kat sini. On the way balik kami singgah di Paris Pan Java- shopping mall terbesar kat sini untuk shopping skit. Maklum la baju dan makanan bawa skit jer, orang kata murah kat sini. Ikut plan hari last baru nak sapu bersih dan habiskan rupiah.

                                                             Trans Studio kat dalam

Hari Ketiga - Pagi-pagi lagi dah bertolak (pukul 5pg dah terang). Singgah di Lembang sebentar melawat rakan arnab Asep dan rakan2. Banyak kedai menjual arnab atau kelinci kat sini sepanjang jalan ke Tangkuban Perahu. Dekat 2 jam kat tempat Asep shopping 9ekor arnab EA. Kat sini mereka jadikan ternakan kelinci ni fulltime. So banyak aktiviti mengenai arnab dibuat disini, seperti kontes kelinci masa nak balik tu. Tak sempat nak pi tengok. Kalau kawan2 nak import arnab seperti EA, Rex, Lop, ND dan lain boleh lah saya kumpulkan dan order dari diaorang. Harga agak mahal skit bila termasuk import charge. Kalau anak 2 bulan RM300 dan induk RM500 seekor bila sampai sini. Nak pi amik kat sini pun leceh, macam2 dokumen dan charge yang kene bayar. Tapi arnab diaorang memang cantik2, Kat sana sejuk dan kering 26'C berbanding kat sini. Kat sana peluh tak kuar so badan pun tak acam macam kat sini.

                                                            Ni terminal arnab diorang
Lepas tu terus ke Tangkuban Perahu - kawah gunung berapi yang masih aktif. Tiket nak masuk IDR 50,000 sorang Tempat memang cantik dan sejuk. Bau sulfur kuat gak. Nasib tidak berapa baik bila datang bukan masa cuti umum atau weekend. Penjual jalanan banyak dekat 20-30 orang, memujuk kita beli barang yang diorang jual. Rasa rimas yang amat. Anak2 pun tidak berapa selesa sebab mereka ni memang tidak putus asa memaksa kita beli. Klau nak beli boleh gak tapi kat tempat lain pun banyak macam yang diaorang jual tu. Kalau kerajaan Indo tak amik tindakan pada diaorang ni, ia akan merosakkan industry pelancongan kat sini. Sebab pelancong rimas dan tidak selesa!!

                                             Ni kawah kat puncak tangkuban perahu tu
                                 Nampak kuda nak naik plak.. IDR 50,000 sekali naik sekor kuda

On the way nak balik dari situ terserempak dengan FINISH line untuk acara berbasikal sukan SEA. Nak amik gambar diorang tak bagi berhenti. Nak ker Hotspring - kolam air panas tutup plak untuk sukan SEA. So kami terus ke ladang strawberry untuk petik sedikit buah strawberry dan makan tengahari. Lepas tu ke factory outlet lagi!! di Jalan Chiampelas. Beli skit2.

                               Ladang Strawberry - Happy aper tah! tak ingat IDR 6,000 per ouncs


Hari Keempat - Shopping!! Mula2 kami kepasar Baru - 7 tingkat. Biasalah beli telekung (~IDR100-200,000 sehelai), kebaya (IDR 100-200,000 sepasang), Kemeja Batik (IDR 50-200,000 sehelai). Banyak lg. Kalau kat sini macam Pertama Komplek kut. Orang ramai dan sesak. Penjual jalanan pun ade kat. Rimas!! Kalu nak ikut tak la murah sangat kat sini, kalau nak kira kos import atau naik flight sama cam kat Malaysia jer kut. Lepas tu ke Toko Tiga tempat jeans, pastu ker Jalan Dago - factory outlet lagi!, last sekali pergi Kartika Sari beli kek dan keropok untuk orang kat Malaysia.

                                   Bandar Bandung - pandangan dari parking tingkat 7 Pasar Baru


Hari Kelima - Balik!!- horay!! rindu nak tido atas katil yang empok kat rumah.

                                                      Kapal terbang dah tunggu - chow!!


Cuaca- Sejuk dan kering sedikit dari tanah air 25-26'C tengahari. Pakaian seperti di Malaysia sudah memadai, cuma subuh tu sejuklah sikit.
Makan - mahal gak. Sekali makan 8 orang ~ 300-400 ribu rupiah @ seratus lebih. Tempat makan selesalah skit. Kalau restoran sunda- order tunggu sampai tapi kalau restoran padang - lauk dah siap mangkuk2 kecik cuma nanti dia hantar nasi jer terus makan, Kalau tak biasa kembang gak tekak. Tempat makan yang mesti dicuba di Kampung Daun dekat dengan villa istana bunga yang kami sewa.
Tempat menarik - banyak terutama tempat makan dan shopping. Disana jalan dangat sesak dan keadaan jalan teruk sikit tak macam kat Malaysia ni. Bersyukurlah atas aper yang ada disini jauh lebih baik. Di Bandung, walaupun jarak kesatu tempat tu dekat lebih kurang +- 10km jer tapi ambil masa setengah jam. Sebab jalan jammed. Maklumlah lebih kurang 8juta penduduk kat Bnadung ni saja dan 40juta di Jawa Barat ni. bayangkan lah. 80% orang pakai MPV tak tahu kenapa?. 

Kesimpulannya, Bandung ni menarik untuk dilawati, cuma penjual jalanan sangat merimaskan dan ada dimana2 sahaja.Satu lagi ianya SESAK, tapi diaorang kata, di Jakarta lagi PADAT.

Banyak lagi cerita dan gambar saya nak kongsi. Tapi Streamyx ni lembab giler. Dulu tak camni. Nak kena potong dan ganti lain camni. Tension!

Terima Kasih


Thursday 10 November 2011

Angora mixed EA for sales Nov 2011




Arnab jantan yang hampir matang umur 4 bulan.. mixed angora dan english angora.. harga murah2 nak tolak RM80.. boleh nego.. datang sendiri untuk tengok yang actual.. lebih cantik..

Tuesday 8 November 2011

Hari Peladang

Hari ini dalam sejarah..2009. Belum setahun kami menternak arnab, kami telah menyertai Hari Peladang peringkat kebangsaan di Melaka.Hampir 500 ekor arnab terjual pelbagai jenis Fuzzy lop, Angora, Mixed, Teddy Bear dan sebagainya. Semangat kami sangat membara untuk meneruskan usaha ini. Harap kami berjaya!!